Thursday, 26 April 2012

Jodoh itu Rahsia ALLAH..



~ Ya ALLAH, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU ~

Jodoh itu rahsia ALLAH terhadap kita.. Sekuat mana pun kita setia, sehebat mana pun kita merancang, selama mana kita menunggu, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita menerimanya sebagai kekasih kita..Namun jika ALLAH telah tentukan jodoh kita tidak bersama dengannya..kita tetap tidak akan bersamanya..

Jodoh kita telah pun ditentukan oleh ALLAH. Apabila ALLAH menghalangi sesuatu dari seseorang kerana kehendakNya, sudah tentu halangan tersebut merupakan sesuatu yang terbaik, kerana DIA Maha Mengetahui. Apabila ALLAH telah memutuskan sesuatu yang terbaik kepada makhlukNya, bermakna DIA sedang melimpahkan rahmatNya kepada makhluk itu.

Setiap yang terjadi kpd kita hanyalah suatu ujian, dimana ALLAH menguji keimanan kita, sejauh mana ketabahan kita serta melatih manusia supaya sentiasa bersabar dan menimbulkan keinsafan serta kesedaran.

Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut kebiasaan.. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai ke destinasinya. :)